Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

 Pregnancy Ticker

pregnant

Wednesday 27 April 2011

Yippiee ... Settle !! Permohonan Kebenaran Berkahwin .. 44 days to go ...

Hi again uolsss ...

As per the heading of this entry ... korang pon leh teka kan yg i da settle dokumen penting untuk urusan perkahwinan ... untuk mendapatkan kebenaran berkahwin ...

di bawah ni gambar poyo i on da way gie JAWI Putrajaya



I buat steps untuk permohonan kebenaran bernikah di bawah ikut kepada requirement i yang dalam situasi berikut:

  a) I nak bernikah di Wilayah Putrajaya
  b) I ni seorang pemaustautin di Putrajaya
  c) My Fiance pemaustautin di Bandar Baru Bangi


For your information girls ... paling penting sebelum u uruskan hal permohonan kebenaran berkahwin ... kene la ikut steps di bawah ... (certain kawasan mayb perlukan dokumen2 lain.. just refer to pejabat agama mukim masing2 ... )


--> 1) Hadiri Kursus Pra Perkahwinan ... U akan terima Sijil dari Jabatan Agama Islam (both u & pasangan kene ader sijil masing2.. tak kisah la ble dan di mana korang nak amik kursus ni ... surf kat tenet.. berlambak tempat adakan kursus ni ...

Untuk makluman, sijil ini akan digunakan sekali sahaja .. sijil ini akan dimatikan dengan cop by pejabat agama ... cop ini menyatakan ble tarikh memohon kebenaran perkahwinan, tarikh cerai, tarikh rujuk ) ... so kene simpan la sijil ini... (sila buat salinan fotocopy sijil perkahwinan ini)

Contoh di bawah:




--> 2) Buat Ujian Saringan HIV ... yang ni korang leh refer my previous entry .... (sila buat salinan fotostat bagi borang keputusan ujian saringan HIV)

--> 3) Kene decide lokasi pernikahan .... kalau bernikah di dalam mukim yang sama seperti dalam alamat kad pengenalan ... so tak perlu buat pengesahan Pemaustautin ...

Dalam kes saya ... saya pemaustautin ... sbb alamat dalam ic sy tak sama mukim tempat pernikahan ... so saya kene buat pengesahan SURAT PENGESAHAN PEMAUSTAUTIN .... borang ini leh didapati di pejabat agama masing-masing ...

(P/s: bawa bukti pemaustautin seperti bil elektrik/ air/ astro ke yang ader nama korang .... kalau rumah tu rumah sewa/ rumah family korang dan korang stay dan bukti sume tu di bawah nama berlainan dari nama anda ... so kene minta the owner of the house tu buat surat rasmi declaration yang korang pemaustautin.

--> 4) YANG INI PENTING ... Pastikan belah lelaki uruskan dahulu permohonan kebenaran berkahwin .... selepas dapat Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki ... baru boleh proceed dengan permohonan kebenaran berkahwin belah perempuan ...

Contoh surat kebenaran tu mcm di bawah:



--> 5) Dapatkan dan lengkapkan borang permohonan kebenaran berkahwin belah perempuan .... borang ini boleh didapati di pejabat agama kawasan masing-masing .. atau sekarang korang leh masuk laman web jabatan agama kawasan korang n terus dptkan softcopy dokumen ...

Pastikan korang bertanyakan kepada pegawai di pejabat agama masing2 .. tentang apakah dokumen yang diperlukan .. berdasarkan kepada situasi korang... biasanya ader checklist yang telah disediakan oleh pejabat agama ... so kene take note mana dokumen yang diperlukan ...

--> 6) Ble da lengkap sume butiran yang diperlukan (pastikan tandatangan wali di borang permohonan  JANGAN ditandatangani dahulu) dan da sediakan dokumen -dokumen lain... set ur appointment dengan jabatan agama kawsan masing-masing ... dan pada hari tersebut.. SILA BAWA WALI ANDA ... so my papa came to to putrjy this morning ... ;) .. bukan aper... nak dptkan persetujuan wali ... dan pegawai agama akan minta wali menandatangani borang di depan dia ...

Bagi wali yang tak dapat hadiri pernikahan ... kene isi borang WAKALAH WALI ... mermaksud persetujuan wali untuk membenarkan wali hakim menikahkan pasangan tersebut ...


So i nak share my efforts time nak kasi dokumen ... yang amat memudahkan pegawai agama tersebut untuk refer sama ada sume dokumen lengkap atau tidak ... i buat tagging bagi da whole dokumen yang diperlukan ...

1) Kad pengenalan i
2) Kad pengenalan papa i
3) Sijil Kursus Pra perkahwinan
4) Borang Ujian Saringan HIV
5) Sijil Nikah Ibu bapa
6)Surat Kebenaran Berkahwin sebelah lelaki
7) Surat Pengesahan Pemaustautin
8) Bil Elektrik



anak panah merah menunjukkan tagging yang i maksudkan ...

 --> 7) Sila bawa duit pemprosesan surat kebenaran berkahwin (berbeza-beza ikut wilayah) ... sebab fiance i bayar RM 10 .. i kat Wilayah Putrajaya kene bayar RM 25 ...


and then ... SETTLE !!!

jgn luper amik maklum nama jurunikah anda dan no tel untuk hubungi dia ... make sure untuk hubungi dia a few days earlier untuk remind dia tentang tarikh pernikahan anda ...

Ok ... thats it for now ... klu B2B or yang already a bride ... klu ader nak tambah or nak tanya ... feel free to drop ur comments ....

Last but not least ... my count down planner .... 44 days to go ...



ok ... that's all for today ... bye ...

c u soon ...

3 comments:

  1. What a useful info, thanks, actually dah diberitahu time kursus kawen, tp dah lupe coz dah lama sgt, huhu :)

    ReplyDelete
  2. biasa la tu tinta merah jambu ... kte ni manusia yg cpt luper ... ni pon kte tulis for kenangan i n share to B2B

    ReplyDelete
  3. Salam.. Saya nak tanya sikit tp mungkin bermasalah. Saya skrg menetap di KL & ayah di Brunei. Dia memang boleh dtg waktu nikah tp masalahnya nak sign surat wali tu susah. U pernah dgr ke kes cam i ni nak buat mcmana? Takkanlah nak habiskan rm400-500 utk tiket hanya tandatgn dpn pendaftar... *Pening*Pening* Klu u ada kwn2 mcm ni jugak, pls share2 sikit info. TQ.

    ReplyDelete